FAQ PROGRAM

1. (S) Siapakah yang layak memohon?

(J) Kriteria permohonan KIPK adalah seperti berikut; 

Terbuka kepada kaum wanita yang menepati kriteria-kriteria seperti berikut: 

i. Warganegara Malaysia; DAN 

 

ii. Sedang menetap di Selangor; DAN 

 

iii. Sedang menjalankan atau mempunyai keiginan yang serius untuk menjalankan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak di kawasan mereka; DAN 

 

iv. Tidak pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh JKM atau mana-mana agensi awam mahupun swasta; DAN 

 

v. Merupakan pengundi di Negeri Selangor. 

 

Syarat lain: 

• Pemohon juga perlu bersetuju maklumat peribadi mereka seperti nama, nombor telefon dan tempat pengasuhan/ bakal tempat mengasuh dipaparkan di dalam laman sesawang i-Asuh**. 

 

• Tempat pengasuhan adalah tertakluk di dalam kawasan Negeri Selangor sahaja. 

 

• Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan di atas sahaja. 

 

**Program i-Asuh merupakan sebuah platform atau sistem carian data bagi memudahkan para ibubapa yang ingin mencari pengasuh di kawasan mereka. 

 

2. (S) Dimanakah permohonan boleh dibuat?

(J) Borang permohonan boleh dilakukan di laman sesawang kipk@yawas.my.

 

3. (S) Bagaimana untuk mengetahui status permohonan?

(J) Pemohon yang berjaya dan disenaraipendek untuk mengikuti kursus akan dihubungi oleh pegawai KIPK. dalam tempoh satu (1) minggu sebelum kursus bermula. Permohonan yang berjaya sahaja akan dihubungi.

 

4. (S) Dimanakah kursus akan dijalankan & berapa lama tempoh kursus itu diambil?

(J) Kursus akan berjalan selama 3 hari secara dalam talian (online).

 

5. (S) Apakah manfaat menyertai program ini?

(J) Manfaat yang akan diterima peserta yang menyertai program ini ialah:

a. Terima sijil penyertaan. 

 

b. Nama akan dimasukkan dalam sistem carian pengasuh di bawah i-Asuh (sistem yang diwujudkan untuk memudahkan ibubapa untuk mencari pengasuh di kawasan mereka).  

 

c. Insentif Pelan Internet bernilai RM 50

 

d. Berpeluang untuk menerima geran berjumlah RM 2,000. (Tertakluk bagi 25 orang peserta yang menerima markah penilaian paling tinggi di antara jumlah keseluruhan peserta yang hadir program KIPK sepanjang tahun 2021).

 

6. (S) Bagaimana untuk berpeluang terima geran bernilai RM2,000?

 (J) Untuk berpeluang menerima geran bernilai RM 2,000 adalah seperti berikut: 

a) Hadir kursus dari awal hingga tamat program. 

 

b) Tersenarai dalam 25 orang peserta yang menerima penilaian markah paling tinggi di antara semua peserta yang hadir program KIPK pada tahun 2021. 

 

c) Bentuk geran akan diberikan secara tunai atau barangan keperluan mengasuh (Keputusan tertakluk di peringkat pengurusan KIPK). 

 

Nota: Jangkaan serahan geran akan dibuat sekitar bulan Oktober hingga Disember 2021. 

 

7. (S) Saya lahir di Selangor, tetapi bukan pengundi di Selangor. Bolehkah saya memohon?

 (J) Tidak boleh. Kriteria utama untuk memohon ialah pemohon mestilah pengundi di Selangor. 

 

8. (S) Adakah saya perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin walaupun saya pengundi dan menetap di Selangor?

(J) Semua pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada jawatan pengesah yang disenaraikan. Gagal mendapatkan cop pengesahan pada borang akan menyebabkan permohonan ditolak dengan serta-merta.

 

9. (S) Bagaimana saya nak tahu samaada permohonan saya berjaya atau tidak?

(J) Semakan boleh dibuat di laman sesawang www.kipk.yawas.my. Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pegawai. Jika tiada sebarang pemakluman daripada YAWAS maka permohonan dikira tidak berjaya.

 

10. (S) Dimanakah saya perlu menghantar borang permohonan?

(J) Borang permohonan yang telah diisi lengkap hendaklah dihantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan ke pejabat YAWAS atau melalui emel di pendaftarankipk@yawas.my

 

11. (S) Saya telah disenaraipendek untuk hadir ke program KIPK, tetapi saya tidak boleh hadir. Boleh ke saya hadir di program yang lain?

(J) Tidak boleh. Sekiranya puan tidak dapat hadir pada hari yang telah ditetapkan, sila maklumkan kepada urusetia selewat-lewatnya 3 hari sebelum hari program agar pihak urusetia dapat memberi peluang kepada pemohon lain untuk menggantikan tempat puan.

 

12. (S) Saya telah hadir kursus, kenapa nama saya kena masuk dalam i-Asuh?

(J) Setiap peserta yang hadir kursus, maklumat peribadi mereka seperti nama, nombor telefon, alamat dan tempat mengasuh secara automatik akan dimasukkan dalam sistem i-Asuh dan dipaparkan di laman sesawang i-Asuh. 

Program KIPK merupakan salah satu cabang di bawah i-Asuh. Matlamat utama i-Asuh adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin data pengasuh di Selangor khususnya yang tidak berdaftar dengan JKM. 

Tujuan utamanya adalah untuk membantu memudahkan para ibubapa yang mungkin memerlukan pengasuh di kawasan mereka dan juga membantu pengasuh untuk mendapatkan kemahiran mengasuh dengan cara yang betul melalui kursus yang disediakan di bawah KIPK. 

Justeru itu, adalah amat penting pemohon yang ingin memohon program KIPK adalah mereka yang sedang mengasuh atau benar-benar serius ingin menjalani perkhidmatan mengasuh selepas habis kursus. 

 

13. (S) Saya sedang mengasuh anak orang di rumah saya, tapi saya tidak berdaftar di bawah JKM. Boleh ke saya mengikuti kursus ini?

 (J) Sekiranya puan mengasuh di Selangor, pengundi di Selangor dan tidak pernah menghadiri mana-mana kursus pengasuhan atau Pendidikan awal kanak-kanak dari mana-mana agensi, adalah amat digalakkan untuk puan menghadiri kursus ini. 

14. (S) Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon KIPK ini?

 (J) dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut: 

1. Salinan kad pengenalan pemohon 

 

2. Borang permohonan yang telah disahkan oleh salah satu daripada jawatan pengesah yang dibenarkan seperti berikut: 

 

i. Ahli Parlimen / Senator 

ii. ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN 

iii. Penghulu / Ketua Kampung 

iv. Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan 

v. Pengerusi Taman Perumahan / Ketua Blok 

vi. Masjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja / Ketua Komuniti

 

3. Salinan Semakan Daftar Pemilih (SPR)