MANFAAT YANG AKAN DITERIMA OLEH PESERTA KURSUS

1. Terima sijil penyertaan. 

 

2. Nama akan dimasukkan dalam sistem carian pengasuh di bawah i-Asuh (sistem yang diwujudkan untuk memudahkan ibubapa untuk mencari pengasuh di kawasan mereka).

 

3. Kit kawalan kendiri bernilai RM 200 (Kursus Siri 1 sahaja). Manakala bagi peserta yang layak untuk kursus Siri 2 & 3 akan mendapat Insentif Pelan Internet bernilai RM 50.

 

4. Berpeluang untuk menerima geran berjumlah RM 2,000. (Tertakluk bagi 25 orang peserta yang menerima markah penilaian paling tinggi di antara jumlah keseluruhan peserta yang hadir program KIPK sepanjang tahun 2021).  

 

NOTA PENTING:

a) Manfaat ini hanya diberikan kepada peserta yang berjaya hadir program dari awal hingga program tamat sahaja.

 

b) Peserta yang gagal menghadiri semua program yang telah ditetapkan tidak akan mendapat manfaat program KIPK ini. Malah tidak berpeluang untuk hadir ke program seterusnya.