KRITERIA PERMOHONAN KURSUS INTENSIF PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (KIPK)
Program Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK) ini terbuka kepada kaum wanita yang menepati kriteria-kriteria seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas; DAN
ii. Sedang menetap di Selangor; DAN
iii. Sedang menjalankan atau mempunyai keinginan yang serius untuk menjalankan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak di rumah ;DAN
iv. Tidak pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh JKM atau mana-mana agensi awam mahupun swasta; DAN
v. Merupakan pengundi di Negeri Selangor.
Maklumat Penting:
• Pemohon juga perlu bersetuju maklumat peribadi mereka seperti nama, nombor telefon dan tempat pengasuhan/ bakal tempat mengasuh dipaparkan di dalam laman sesawang i-Asuh**.
• Tempat pengasuhan adalah tertakluk di dalam kawasan Negeri Selangor sahaja.
• Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan di atas sahaja.
;**Program i-Asuh merupakan sebuah platform atau sistem carian data bagi memudahkan para ibubapa yang ingin mencari pengasuh di kawasan mereka